Monday, October 18, 2004

Police Konstabel to take part in Kenya marathon

- special info from Tey Eng Tiong

SUKAN: SHAHARUDDIN DIPILIH KE MARATON ANTARABANGSAKENYA

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Jaguh maraton Polis, Konstabel Shaharuddin Hashim dipilih mewakili negara keKejohanan Maraton Antarabangsa Kenya di Nairobi pada 24 Okt ini. Jurulatih negara P. Sidamparam berkata Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) memilih atlet yang berasal dari Perakitu ketika mesyuarat exco badan induk tersebut di sini Sabtu lepas. "Shaharuddin dipilih kerana beliau menjuarai dua kejohanan maraton antarabangsa kategori tempatan iaitu Kejohanan Maraton Antarabangsa Kuala Lumpur pada 29 Feb lepas dan Larian Antarabangsa Ipoh pada 4 Julai lepas, "katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut jurulatih itu, Shaharuddin dipilih setelah memenuhi syarat kelayakan iaitu menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam dua pertandingan. Katanya catatan masa peribadi terbaik yang di catatkan oleh Shaharuddin setakat ini ialah dua jam 38 minit bagi jarak 42km semasa Larian Antarabangsa Ipoh pada Julai lepas. -- BERNAMA

No comments: